#25

assalamualaikum :)

benda yang dah lepas
aku mohon
jangan diusik, jangan dipetik
dan dibawa ke masa sekarang
cukuplah sekadar kau selidik
dan belajar darinya
yang sekarang tidaklah sama macam dulu
kalau kita sendiri tidak membenarkan
hidup yang lepas yang membawa kepada hidup sekarang
kalau ianya bagus, mungkin sekarang ianya hebat
kalau ianya teruk, mungkin sekarang ianya buruk
atau mungkin juga sebaliknya

bangkitlah dari silap yang dulu
selama mana kau mahu tunduk?
betulkan apa yang salah
jangan dibiar silap dulu mengejar
hadaplah ia
walau perit celaka
hadap!

jangan terlalu bijak menilai orang berdasarkan masa lalu dia. 
kau pun bukan sesempurna mana, sama-sama mengingati, okay?

No comments:

Post a Comment